Tuesday, June 25, 2013

Ayam Masak Merah

Bahan

1 ekor ayam
2 biji bawang besar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
10 biji cili kering
250 gm halia
Sos Cili
1 biji tomato
Kunyit
Garam
Daun limau purut
Minyak untuk menggoreng ayam


Cara-cara
  • Gaul ayam yang dipotong bersama kunyit dan garam.  Goreng ayam sehingga masak.
  • Kisar 1 biji bawang besar, bawang merah, bawang putih dan cili kering.
  • Mayang 1 biji bawang besar dan halia.
  • Tumis bahan yang dikisar.  Apabila sudah masak (garing) masukkan halia.
  • Masak lebih kurang 5 minit dan masukkan sos cili, daun limau purut dan bawang besar yang dimayang.
  • Setelah masak sos ini, masukkan ayam yang telah digoreng.  
  • Renih sehingga sos sebati dengan ayam.

Sunday, June 23, 2013

Asam Pedas Ikan Belanak

Bahan-bahan

1 kg Ikan Belanak
7 biji bawang merah
5 biji bawang putih
5 biji cili kering/hidup
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
Secubit belacan
Asam keping
Garam
Daun Kesum

Cara memasak
  • Blend bawang merah, bawang putih, cili, belacan, kunyit dan lengkuas.
  • Masukkan ikan ke dalam periuk bersama dengan air, bahan yang diblend, asam keping, daun kesum dan garam.
  • Masak sehingga masak.

Ketam Masak Merah

Bahan-bahan

2 inci kunyit hidup
2 inci halia hidup
5 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
blend atau tumbuk kesemua bahan


1 kg ketam segar
1 biji bawang besar 

Cara memasak
  • Tumis bahan yang ditumbuk.
  • Agak-agak baunya sudah harum masukkan ketam dan tutup kuali...sambil itu kacau supaya tidak hangus dibawah. 
  • Apabila ketam sudah masak iaitu bertukar menjadi warna merah, angkat.
  • Dalam kuali yang sama, tumis sebiji bawang besar yang dipotong nipis....
    setelah bawang besar layu, masukkan cili sos dan tomato sos secukup rasa...

Tuesday, June 11, 2013

Asam Pedas Ikan Duri

Bahan

1 kg Ikan Duri
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 genggam ketumber ditumbuk
5 keping asam gelugor
secubit garam dan belacan

Cara-cara

Kisar bawang putih, bawang merah, belacan, kunyit, lengkuas dan cili kering.
Masukkan ikan, bahan yang dikisar, ketumbar, asam keping dan garam ke dalam periuk bersama air secukupnya.
Masak diatas api sederhana sehingga masak.