Monday, June 6, 2011

Kari Ayam utk Nasi Dage

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Bahan
  • 1-1.5kg Ayam
  • 250 gm santan
Bahan untuk dikisar
  • Cili kering depending on your level of kepedasan
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 sudu teh sebuk kunyit
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji fresh tomato
  • 2 sudu besar rempah kari ayam babas
  • Dikisar bersama air asam jawa
Bahan untuk ditumis
  • 3 ulas bawang putih dimayang
  • 3 biji bawang merah dimayang
  • Minyak jagung, atau zaitun atau sunflower
Bahan-bahan penyedap rasa :D
  • Garam
  • Nise asli tidak dicampur dengan gula...kalu tak dok nnise ganti dengan molasses (ini boleh didapati di hyper market) - kalu tak dok, tok soh bubuh...jange bubuh gulo...
  • 1 biji bawang besar dipotong 4
  • Sayuran segar such as egg plants (terung bulat), okra, kentang (sayur ke?)
Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah dimayang halus.
  • Setelah bawang bertukar warna jadi brownish, masukkan bahan-bahan yang dikisar dengan air asam jawa.
  • Setelah rempah garing...jadi pekat dan air kering, masukkan ayam (potong dan basuhlah dulu ayam tu..).
  • Biarkan selama lenih kurang 5 minit....selau kacau supaya bahagian bawah tidak hangus
  • Selepas tu, masukkan santan pekat, air, dan garam
  • Apabila ayam dah hampir masak, masukkan sayuran. Kalau nak masukkan kentang, masukkan bersama santan dan air.

No comments:

Post a Comment