Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim
Bonda mempunyai sifat empathy yang tinggi. Pahit manis suka duka hidupnya tidak pernah melunturkan diri beliau dari berbuat baik kepada sesiapa saja termasuk orang-orang yang menghinanya...najis dibalas bonda dengan bunga.
Tidak pernah Ummi temui seseorang yang menjaga ibu dan bapa mertua sebaik bonda. Masih Ummi ingat selama lebih kurang 3 bulan, datuk Ummi sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir...Bonda akan sentiasa berada di sisi bapa mertuanya...menjaga makan, minum, memandikan, membersihkan datuk dari najis kecil dan besar, mengambilkan wuduk atuk ...dan bonda akan tidur di sisi atuk supaya atuk tidak kesejukan pabila malam....datuk juga tidak boleh berenggang dari bonda....jika bonda meninggalkan beliau sekejap, atuk akan bertanya...atuk juga tidak boleh makan makanan selain dari makanan yang dimasak bonda...
Kalau ada saudara mara atuk yang datang melawat beliau, atuk akan memuji-muji bonda....kata atuk, menantunya ini tidak ada walau 1 dalam seribu...pada malam sebelum atuk meninggal dunia, atuk bangun untuk mengambil wuduk di kolah sedangkan paip air sudah ada di sisi beliau...bonda perasan atuk tiada di sisi bonda setelah atuk jatuh depan pintu surau. Bonda cepat-cepat dapatkan atuk dan bonda dukung atuk dan letakkan atuk ditempat tidur beliau....beberapa hari sebelum atuk meninggal, atuk hilang upaya memahami waktu...atuk merasakan masa terlalu lambat berjalan, jadi beliau akan solat hampir setiap jam...atuk tidak mengerti walaupun bonda menegaskan bahawa atuk sudah menunaikan solat....atuk meninggal dunia ketika dia mengangkat takbir untuk bersolat untuk entah kali keberapa...Bonda adalah satu-satunya orang yang berada di sisi atuk ketika beliau menghembuskan nafas terakhir...
Memang bondaku 1 dalam sejuta...
nenek saya...~!!! saya bangga mempunyai nenek macam nie..~!!!!! :))
ReplyDelete