Sunday, June 5, 2011

Nasi Dage

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Bahan-bahan
  • 1 kg beras siam wangi atau beras lembut
  • 100 gm halia dimayang halus
  • 5 ulas bawang putih dimayang halus
  • 5 biji bawang merah dimayang halus
  • 2 sudu besar halba
  • 250 gm santan pekat
  • Garam secukup rasa
  • Limau nipis...optional
Cara-cara
  • Beras siam wangi dibasuh dan direndam lebih kurang 5 jam...kalau menggunakan beras lembut yang berwarna merah, rendam selama 2-3 jam.
  • Kukus beras sehingga naik wap...selepas tu, tuangkan nasi ke dalam besen dan gaulkan nasi dengan air atau santan cair.  Kukus nasi untuk kali kedua.
  • Setelah nasi masak dan lembut, angkat dan tuangkan ke dalam besen
  • Gaul nasi dengan santan yang telah dimasak bersama bahan-bahan yang dimayang halus
Cara masak santan
  • Masak santan pekat bersama bahan-bahan yang dimayang halus dan halba serta garam.
  • Apabila telah mendidih angkat dan gaulkan bersama nasi yang telah dikukus
Hidangkan bersama ayam atau ikan tongkol masak kari dan acar timun

No comments:

Post a Comment