Sunday, June 5, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim


Assalamualaikum

Resepi ikan patin masak tempoyak Meknda saya lain sikit dari resepi orang lain.  Dulu Kak We pernah belajar cara nak masak, tapi sebab lama dah tak masak, Kak We lupa .... heeeee :D


Bahan-bahan
  • 1 kg ikan patin
Bahan untuk dikisar
  • 1 biji Bawang besar
  • 2 biji tomato
  • 3 cili merah –frresh
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 senduk tempoyak
  • 2 inci Kunyit 
  • 1 sudu teh Serbuk kunyit 
  • 1 inci Lengkuas
Bahan menambah rasa
  • Asam keping
  • Garam
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
 Cara
  • Ikan dibersih dan direndam di dalam air beras atau air asam jawa atau limau nipis
  • Masukkan kesemua bahan yang dikisar dan bahan penambah rasa serta ikan ke dalam periuk…masak hingga masak
Selamat mencuba :)

1 comment:

  1. ikan patin masak tempoyak mek , memang lain dari yang lain.tak terasa hanyir ikan .kalau sesiapa yang tak biasa makan ikan patin , pasti boleh makan dengan resipi ini. Tahniah mek kerana dikurniakan bakat masakan yang tiada tolok banding

    ReplyDelete