Tuesday, July 30, 2013

Mee Kkuoh

Bahan
1 labu bawang putih ditumbuk
1 biji bawang besar dimayang
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Sawi
Tomato dipotong 
3 biji telur
Udang secukup rasa...hehe
Sotong sekadar mahu :)
2 packet mee
Garam

Cara-cara

Tumis bawang putih sehingga wangi. 
Masukkan udang dan sotong bersama sos cili, tomato, tiram. 
Masukkan air secukupnya.
Setelah mendidih, masukkan sawi dan tomato.
Akhir sekali masukkan mee, telur dan perencah

Tuesday, July 16, 2013

Air Asam Ikan Bakar

Bahan

1/2 cawan air asam jawa
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
5 biji cili padi...Kalau mahu pedas letak lebih cili padi
3 biji cili besar
garam
belacan

Cara-cara
Tumbuk cili padi, cili besar dan belacan.
Gaul bahan yang telah ditumbuk dengan bahan yang dipotong dadu bersama garam dan air asam jawa.
Sedap dimakan dengan ikan siakap bakar.




Ikan Tiga Rasa

Bahan

1 ekor ikan siakap
5 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato
1 biji timun
1/3 biji nenas
garam
kunyit
minyak untuk menggoreng
sos cili
sos tomato

Cara-cara
  • goreng ikan siakap yang telah dilumur kunyit dan garam.
  • tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar.  
  • masukkan nenas, timun dan tomato yang telah dipotong kecil.
  • masak selama lebih kurang 10 minit.  Letakkan bahan-bahan ini keatas ikan siakap yang telah masak digoreng.

Tuesday, June 25, 2013

Ayam Masak Merah

Bahan

1 ekor ayam
2 biji bawang besar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
10 biji cili kering
250 gm halia
Sos Cili
1 biji tomato
Kunyit
Garam
Daun limau purut
Minyak untuk menggoreng ayam


Cara-cara
  • Gaul ayam yang dipotong bersama kunyit dan garam.  Goreng ayam sehingga masak.
  • Kisar 1 biji bawang besar, bawang merah, bawang putih dan cili kering.
  • Mayang 1 biji bawang besar dan halia.
  • Tumis bahan yang dikisar.  Apabila sudah masak (garing) masukkan halia.
  • Masak lebih kurang 5 minit dan masukkan sos cili, daun limau purut dan bawang besar yang dimayang.
  • Setelah masak sos ini, masukkan ayam yang telah digoreng.  
  • Renih sehingga sos sebati dengan ayam.

Sunday, June 23, 2013

Asam Pedas Ikan Belanak

Bahan-bahan

1 kg Ikan Belanak
7 biji bawang merah
5 biji bawang putih
5 biji cili kering/hidup
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
Secubit belacan
Asam keping
Garam
Daun Kesum

Cara memasak
  • Blend bawang merah, bawang putih, cili, belacan, kunyit dan lengkuas.
  • Masukkan ikan ke dalam periuk bersama dengan air, bahan yang diblend, asam keping, daun kesum dan garam.
  • Masak sehingga masak.

Ketam Masak Merah

Bahan-bahan

2 inci kunyit hidup
2 inci halia hidup
5 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
blend atau tumbuk kesemua bahan


1 kg ketam segar
1 biji bawang besar 

Cara memasak
  • Tumis bahan yang ditumbuk.
  • Agak-agak baunya sudah harum masukkan ketam dan tutup kuali...sambil itu kacau supaya tidak hangus dibawah. 
  • Apabila ketam sudah masak iaitu bertukar menjadi warna merah, angkat.
  • Dalam kuali yang sama, tumis sebiji bawang besar yang dipotong nipis....
    setelah bawang besar layu, masukkan cili sos dan tomato sos secukup rasa...

Tuesday, June 11, 2013

Asam Pedas Ikan Duri

Bahan

1 kg Ikan Duri
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 genggam ketumber ditumbuk
5 keping asam gelugor
secubit garam dan belacan

Cara-cara

Kisar bawang putih, bawang merah, belacan, kunyit, lengkuas dan cili kering.
Masukkan ikan, bahan yang dikisar, ketumbar, asam keping dan garam ke dalam periuk bersama air secukupnya.
Masak diatas api sederhana sehingga masak.

Wednesday, December 7, 2011

Kerabu Perut

Bahan-bahan
Perut lembu-direbus sehingga masak
Kelapa goreng-ditumbuk
Bawang merah-ditumbuk
Bawang besar-dimayang
Limau nipis
Santan pekat
Garam

Cara-cara
Masak santan pekat bersama garam dan bawang sehingga mendidih.
Masukkan perut lembu yang telah masak dan dipotong kecil-kecil, kelapa goreng, dan perahan limau nipis kedalam santan yang telah mendidih.
Hidangkan...senang dan sedap :)


Sunday, July 3, 2011

Singge Tulang

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Bahan
1 kg tulang rusuk lembu atau daging keting dipotong besar
Asam keping
Garam
Belacan

Bahan untuk dimayang
10 biji bawang merah
10 biji bawang putih
3 inci lengkuas
1 inci halia

Bahan ditumbuk kasar
1/3 cawan ketumbar

Cara
Bubuh kesemua bahan-bahan diatas kedalam periuk dan direbus dengan air yang mencukupi dengan api kecil selama 3-4 jam

Tuesday, June 21, 2011

Aye Bakar Bonda

Bi ismi Allah ar-Rahman Ar-Rahim

Bahan
1 ekor ayam dipotong empat

Bahan untuk dikisar
10 ulas bawang putih
3 inci halia
3 inci kunyit segar
1/4 cawan apple vinegar
1/5 cawan minyak zaiton
Garam
Gula

Cara
Perap ayam bersama bahan yang dikisar selama 20 minit
Panggang atas bara api dari arang (panggang atas grill kurang sedap)

Saturday, June 18, 2011

Ayam Masak Halia

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Special request by my beloved daughter

Bahan
1 kg ayam
2 biji bawang besar dimayang
7 ulas bawang putih dimayang
200gm halia dimayang
1 sudu kecil lada hitam
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sos tiram---optional

Cara
Tumis bawang putih sehingga brownish
Masukkan halia, tumis sehingga halia agak layu, kemudian masukkan bawang besar
Setelah bawang besar agak layu, masukkan ayam dan lada hitam.  Biarkan diatas dapur selama lebih kurang 5 minit...kacau supaya tidak hangus
Masukkan 250 liter air dan garam...biarkan mendidih dengan api sederhana
Angkat apabila ayam sudah masak dan air menjadi agak pekat..

Tuesday, June 14, 2011

Ikan Tilapia Berlado

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

This is not my mom's recipe.  My neighbor's domestic help is a good cook.  I used to buy papaya's flower and Ike Tilapia and gave to her to cook for me...How do I know that she's a good cook?  Cuz my neighbor used to give me some of her helper's cookings... but now she's gone... :(. She got married and got pregnant and went bank to Medan...no more scrumptious food and two-hour massage every week...she's a good masseur too...

But before she left for Medan, she taught me how to cook...I didn't copy the recipe and I almost forgot how to make ike berlado...Today, I asked some of my Indonesian students whether they know how to cook ike berlado...but of course those girls just giggled...I know, I didn't cook too at that age... But, I really want to do it... So, today I tried to recall the ingredients and how to cook it....here it goes....why English not Kelatam, because this is not my mom's recipe....but the recipe will be in Kelatam and BM

Bahan
1 kg ike tilapia segar...baru kail dari kole ike-ike dibasuh dan dibubuh gare ngan kunyit
Minyak masak untuk menggoreng
Kicap lemak manis Tok Mudim
Sos cili

Bahan untuk dikisar dan ditumis
1 biji tomato segar
Segenggam cili padi...kalu nok pedah kena guna gengge ore llaki
5 biji cili merah...cili besar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Belacan
Asam jawa

Cara
Goreng ikan yang telah dilumur garam dan kunyit...setelah masak, angkat dan toskan minyak

Cara memasak lado tumis
Tumis semua bahan yang dikisar bersama kicap dan sos cili.  Tumis sehingga garing-air kering dan sambal menjadi pekat.
Selepas tu masukkan ike yang telah digoreng ke dalam sambal tumis...gaul rata..
Dah siap dah.....hmmmm sedap

P/S: TOK MUDIM IS NOT ONE OF THE INGREDIENTS...HEHE...IT IS THE BRAND OF THE KICAP

Asam Pedas Ike Kerisi

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Bahan
1 kg ike kerisi segar dari laut :D
Asam keping
Garam
Daun kesum
Bunga kantan

Bahan untuk dikisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawag putih
Cili kering - mengikut citarasa
1 inci lengkuas - dimayang sebelum dikisar
1 inci kunyit segar - dimayang sebelum dikisar
1 sudu teh sebuk kunyit - nak come kala...kalu tidok, kala jadi pucat
Belacan Sarawak or Melaka or any belacan will do

Cara memasak
Letakkan semua bahan-bahan dalam periuk dan masak....that's it....so simple :D

Saturday, June 11, 2011

Sup Gear Box

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Bahan
Susah jugak nak agak ni...
1 tulang lembu dari lutut hingga ke kaki
3 sup bunjut adabi - untuk sup tulang
2 sudu besar lada hitam
2 labu bawang putih - diketuk
2 biji bawang besar - dipotong 4
3 inci Lengkuas - diketuk
3 inci halia - diketuk
Daun ketumbar
Daun bawang
Garam

Cara
Semua bahan-bahan dimasukkan dalam periuk besar dan masak sehingga mendidih
Setelah mendidih kecilkan api (very low)...kalau induction cooker, reduce power to 400
renih selama 3-4 jam

Bondaku

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Bonda mempunyai sifat empathy yang tinggi.  Pahit manis suka duka hidupnya tidak pernah melunturkan diri beliau dari berbuat baik kepada sesiapa saja termasuk orang-orang yang menghinanya...najis dibalas bonda dengan bunga.

Tidak pernah Ummi temui seseorang yang menjaga ibu dan bapa mertua sebaik bonda.  Masih Ummi ingat selama lebih kurang 3 bulan, datuk Ummi sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir...Bonda akan sentiasa berada di sisi bapa mertuanya...menjaga makan, minum, memandikan, membersihkan datuk dari najis kecil dan besar, mengambilkan wuduk atuk ...dan bonda akan tidur di sisi atuk supaya atuk tidak kesejukan pabila malam....datuk juga tidak boleh berenggang dari bonda....jika bonda meninggalkan beliau sekejap, atuk akan bertanya...atuk juga tidak boleh makan makanan selain dari makanan yang dimasak bonda...

Kalau ada saudara mara atuk yang datang melawat beliau, atuk akan memuji-muji bonda....kata atuk, menantunya ini tidak ada walau 1 dalam seribu...pada malam sebelum atuk meninggal dunia, atuk bangun untuk mengambil wuduk di kolah sedangkan paip air sudah ada di sisi beliau...bonda perasan atuk tiada di sisi bonda setelah atuk jatuh depan pintu surau.  Bonda cepat-cepat dapatkan atuk dan bonda dukung atuk dan letakkan atuk ditempat tidur beliau....beberapa hari sebelum atuk meninggal, atuk hilang upaya memahami waktu...atuk merasakan masa terlalu lambat berjalan, jadi beliau akan solat hampir setiap jam...atuk tidak mengerti walaupun bonda menegaskan bahawa atuk sudah menunaikan solat....atuk meninggal dunia ketika dia mengangkat takbir untuk bersolat untuk entah kali keberapa...Bonda adalah satu-satunya orang yang berada di sisi atuk ketika beliau menghembuskan nafas terakhir...

Memang bondaku 1 dalam sejuta...

Thursday, June 9, 2011

Masak Lemak Ude or Kete

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Bahan
1 kg ude atau kete
250 gm santan
Cili segar
Asam keping
3 batang serai dititik
Garam
1 biji bawang besar dipotong 4

Bahan untuk dikisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
2 inci kunyit atau 1 sudu serbuk kunyit

Cara
Masukkan santan hingga mendidih...kacau sentiasa...kalu tidok, santan akan berketul
Setelah mendidih, masukkan bahan yang telah dikisar dan ude, kete - semua bahan-bahan dalam periuk dan masak....as simple as that :)

p/s:  Anak-anak kat Egypt tu, kalu tak dok serai atau lengkuas....tak bubuh pung tak apo

Wednesday, June 8, 2011

Singge Ike

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Bahan
1 kg ike kembung atau ike tongkol atau kepala ike tenggiri, atau ike nyok-nyok
2 labu bawang putih dipotong kasar-kasar ataupu ditumbuh pecah sahaja
2 inci lengkuas dimayang - kasar pun tak apa
5-7 keping asam keping
Cili besar hijau, merah segar - cili padi pung tak apo
Garam
Nise asli atau molasses - sikit saja - kalau tak ada, tak payoh buboh pung tak apo

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan letakkan atas dapur, nyalakan api atau tekan butang on
Biarkan memdidih lebih kurang 5 - 10 minit sebelum dipadamkan api

Tuesday, June 7, 2011

Mari Kenal Ike

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Ike Gelamo
Ike Duri
Ike Kerisi

 
Ike Bawal Putih

Ike Bawal Emas

Ike Kembung

Ike Merah

Ike Nyok-Nyok
Ike Selaye

Ike Bawal Meroh

Ike Bawal Ite

Ike Ayo (Tongkol)

Ike Jenahak

Ike Tenggiri

Nasi Goreng Kampong

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Bahan

  • 4 mangkuk kecil Nasi
  • 4 sudu besar minyak masak

Bahan untuk digiling

  • 6-10 biji cili padi
  • Ikan bilis atau udang kering
  • 10 biji bawang merah
  • Belacan Bintulu Sarawak atau Melaka...kalau tak dok...mano-mano belacan pun boleh
  • Garam

Cara

  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah digiling atau ditumbuk atau dikisar bersama garam.
  • Setelah bawang menjadi agak brownish...atau telah masak, masukkan nasi...
  • Kacau hingga rata
  • Sedap dimakan bersama keropok ikang tranung (terutama keropok Kuale Kemamang atau chendor

Monday, June 6, 2011

Pesanan Bonda

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Kata bonda, kebahagian hidup itu boleh dicapai sekiranya kita tahu meletakkan diri kita dalam kasut orang lain atau ada sifat empathy.  Sebelum kita berbuat sesuatu, kita kena fikir apa akibatnya; apa perasaan kita jika sesuatu itu terjadi kepada kita.

Terima kasih, bonda kerana pesanan ini, anakanda fikir dulu sebelum bertindak supaya kebaikan maksimum diperolehi dan keburukan minimum berlaku.

Ore kelate kato keno ado ilmu ta'sir...dari contoh meknda ambo beri, ilmu ta'sir tu maksudnya ado empathy... Meknda ambo pese ggini sokmo...